Dr.Hazland,Syed Hamzah Kekal Jawatan

1 demak laut1KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menepati ramalan apabila kekal menerajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut.

Dr Hazland mengekalkan jawatan selaku Ketua PBB selepas tidak dicabar sekaligus menang tanpa bertanding semasa Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Demak Laut bagi sesi 2017-2020.
Manakala, Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie, 44 tahun yang merupakan Setiausaha Politik Kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia turut melakar kemenangan dalam pertembungan satu lawan satu menentang seorang usahawan Datuk Dr Paruwadi Musa, 48 tahun bagi jawatan timbalan ketua cawangan.
Syed Hamzah yang tidak menghadiri mesyuarat perwakilan tersebut kerana berada di luar negara tetap mendapat sokongan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Cawangan PBB Demak Laut bagi penggal kedua dengan meraih 62 undi manakala Paruwardi mendapat 42 undi.
Jawatan lain menyaksikan Rahmad Sabang menang jawatan Naib Ketua PBB Cawangan Demak Laut manakala Rokiah Temben (Ketua Wanita) dan Kamaludin Husain (Ketua Pemuda).
Khalid Sulong pula dilantik sebagai Setiausaha PBB Cawangan Demak Laut.
Dr Hazland mengingatkqn ahli PBB Cawangan Demak Laut untuk terus merapatkan saf perpaduan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Saya berharap Parlimen Santubong sekali lagi akan berjaya meraih majoriti besar seperti dilakar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13),” katanya-Sarawakiana

(Fully Extracted and Courtesy of the Portal)

Leave a comment