Kalau kena pecat pun, jangan tabur fitnah, kata Najib kepada Annuar

(Petikan dari Internet blog)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan dakwaan Annuar Musa bahawa Umno dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Najib menyelar Ahli Parlimen Ketereh itu kerana membuat tuduhan sedemikian susulan penyingkirannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional semalam.

Najib berkata kepimpinan Umno tetap tegas menolak kerjasama dengan DAP dan ini adalah sentimen yang turut dikongsi akar umbi parti.

“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak setuju dengan suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian Umno yang menolak PPBM, janganlah buat sidang akhbar khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu kepada Annuar.

“Kenapa Umno nak bekerjasama dengan DAP, jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP,” kata Najib.

Semalam, ketua-ketua bahagian Umno menegaskan kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka terus menolak kerjasama dengan DAP dan bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, menurut Setiausaha Agung parti Ahmad Maslan.

Pagi tadi, Annuar mendakwa menerima laporan wujud gerakan daripada Umno bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

“Saya dapat berita secara sahih wujud usaha perundingan melibatkan DAP dalam membentuk penjajaran baru,” kata Annuar.

Bagaimanapun Annuar tidak memberikan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s