Semangat Kental dalam Politik tidak dapat di jual beli

Sik boh Ngangis,dah ngalir air dibah jambatan ya

When the article (below and fully extracted ) https://sarawakvoice.com/2018/05/20/runtuhnya-kubu-bn-di-kabong-ali-biju-tawan-p-205-saratok/

was written and uploaded in the cyberspace we remembered that the former MP Tan Sri William Mawan said this,”

” Fight for the seat after BN wins it, not before. There is a serious challenge,you rise or you fall. Internal problems can be settled after GE14.”

https://audie61.wordpress.com/fight-for-the-seat-after-bn-wins/

How very true and we know for a fact that many wanted the Incumbent MP205 to be out of the equation for their own selfish and personal gains. They know who they are.

What is left of that?

Even BN is ousted from the Federal government and an aide to the former DPM said his boss was asked to come to Sarawak to solve the problem of the sacking and the damaged done was too big a hole to seal back.

We could do without the 6 Sarawak extra seats losts as most of the Incumbent supporters must have been FURIOUSLY ANGRY” and turned their backs on BN.

The CM confidently expected 28 out of 31 seats to deliver he said but one of his component parties decided otherwise which greatly contributed to BN losing the Federal Government.

If this continues to be of PERSONAL AGENDAS Sarawak State Government in the next State Elections would also suffer the same fate. Remember too he said,” The CM’s seat is in an URBAN area and he too will need to be very careful. The full might of PKR will come with artillery and guns blazing”

He said Political wisdom is through years of experience and through time but not by learning strategies through books or in theory. The elder and veteran politicians must be maintain or roped in to serve if they have same ambitions and heart for the people of their constituencies.

There are the PEOPLES REPRESENTATIVE and this must always be drummed in to all the Political wannabees that the office is not to be used for Power or self enrichment. The political landscape has changed and the people now knows the power is in their hands. 

One must also not to be too eager to be Members of Parliament or Assemblyman but need to listen to POLITICAL WISDOM. Their time will come. 

Kelai Gik Ya.!!Sik Boh Tamak Tamak Gik …!!

aaatta

The full article extracted:- 

Kawasan DUN N. 40 Kabong adalah merupakan penyumbang penting untuk undi di Parlimen P. 205 Saratok.

Menang kalah calon bertanding di kawasan itu bergantung kepada undi terakhir yang disumbangkan pengundi dari kawasan ini. Dan kekalahan BN di P. 205 Saratok dikaitkan dengan hilangnya banyak undi untuk BN di Kabong.

Kabong sering diandaikan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). Memang layak kawasan itu diberi jolokan ‘simpanan tetap BN’ kerana apa jua keadaan sekali pun, BN selalu akan menang di Kabong.

Walau kadang-kala bunyi awal agak bergelora dan dilabel kawasan hitam namun keadaan sebaliknya akan berlaku ketika masa mengundi. BN tetap diberi mandat untuk menang.

Sebab itu timbul ungkapan daripada orang luar kawasan dengan sinis berkata, “Orang Kabong bunyi ajak bising-bising-bising, tapi kelak tetap juak undi BN, “.

Isu air yang berterusan menyumbang kepada hilangnya undi BN di Kabong.

Malah ada ungkapan yang lebih pedas yang antara lain berbunyi, “Di Kabong mun lambang dacing (BN), diletak gambar selipar pun menang ! ”

Terkesan juga penulis dengan tanggapan negatif sedemikian. Tapi bila difikir-fikir memang ada juga logiknya.

Namun PRU 14 membuat orang-orang BN ternganga dan hilang kata-kata.

Catatan hitam tercipta untuk PDP/BN dan semestinya pahit untuk Subeng Mula apabila kecundang dengan tumpas 989 undi di tangan Ali Biju.

Ramai yang bungkam, hilang kata-kata apatah lagi apabila disusuli dengan khabar tumbangnya tampuk kepimpinan kerajaan BN secara keseluruhannya dan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa.

Namun segalanya sudah berlaku, nasi bukan sahaja sudah menjadi bubur bahkan sudah hangus. Yang dikendong bukan sahaja berciciran tetapi sudah tumpah habis. Dan yang dikejar bukan sahaja tidak dapat tapi sudah hilang. BN akhirnya terpaksa berputih mata.

BN sebenarnya masih boleh menang di P. 205 Saratok jika strategi BN disusun dengan rapi dan tidak berlaku sikap pilih kasih dalam kalangan ahli parti semasa menyusun jentera kerja parti bagi bertempur dengan lawan.

Lebih-lebih lagi setelah penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri William Mawan Ikom ditunjukkan jalan keluar bagi memberi laluan kepada calon baharu yang dikatakan lebih segar dan bertenaga untuk menumbangkan Ali di lubuknya sendiri. Penyingkiran Mawan juga antara faktor besar yang menyumbang kepada kisah duka BN di Saratok.

Beberapa faktor lain yang turut menyumbang kekalahan BN adalah:

Lemahnya jentera kerja BN bermula pihak atasan hingga ke peringkat bawahan.Malah ada petugas dan kakitangan BN tidak mesra pengundi.

Falsafah dan tanggapan, siapa sahaja calon bertanding atas lambang dacing akan menang menjadi pembunuh senyap paling bahaya.

Sikap ambil mudah kerajaan BN, wakil rakyat dan calon terhadap suara rakyat dan masalah yang dihadapi menyebabkan rakyat berpaling tadah.

Wakil rakyat/calon yang tidak mesra penduduk dan terlalu protokol dan minta dihormati menyebabkan rakyat muak dan tidak selesa.

Jentera parti tidak efisien dan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan petugas parti apabila wujud ‘double standard’ yang menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam pengurusan parti. Contohnya dalam segi pelantikan dan pengagihan peruntukan.

Personaliti calon dan cara calon mendekati rakyat tidak disenangi dan diyakini rakyat.

Banyak janji yang dibuat BN tertunggak dan ada yang diabai terus terus serta dilupakan membuat rakyat kecewa dan hilang selera dengan BN.

Calon terlalu awal menunjukkan ego dan lupa pada kawan. Tidak membina rangkaian kerjasama dengan bekas sesama pelobi yang tidak terpilih sebagai cara mengambil hati menyebabkan berlaku puak mensabotaj undi.

Isu semasa berkenaan masalah penduduk seperti bekalan air bersih, letrik dan jalan raya masih tidak diselesaikan dengan cara yang sepatutnya walaupun ia sudah berlaku sekian lama.

Calon tidak menunjukkan karisma sebenar sebagai seorang yang boleh pembela nasib rakyat. Penampilan calon dikhalayak tidak diyakini dengan ucapan yang tergagap-gagap dan kosong.

Akibatnya telah membuahkan hasil berikut:

Barisan Nasional, Jagah @ Subeng anak Mula : 10, 859 undi.

PKR, Ali anak Biju: 11, 848 undi.

Ali Biju (PKR) MENANG dengan Majoroti sebanyak 989 undi.

Jumlah Pemilih : 30, 517

Kertas Undi Keluar: 23, 084

Kertas Undi Rosak: 257

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s