Bagi “Majoriti Besar Kepada BN di Parlimen Santubong”

The call to the constituents of Santubong Parliament is to return the BN Candidate for Santubong with a Bigger Majority. The call was made by Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie who is the Deputy Chairman of PBB Demak Laut.

asadasExtracted is the posting from an internet portal

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap kemenangan dengan majoriti besar dapat sekali lagi dilakar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi Parlimen Santubong turun beramai-ramai pada 9 Mei untuk memastikan kawasan tersebut terus menjadi kubu kuat BN.

“Tarikh 9 Mei tidak lama lagi, pengundi perlu turun beramai-ramai dan bersama memecahkan rekod dengan majoriti paling besar,” katanya ketika berucap semasa Program Mesra Bersama Pemimpin di Kampung Senari hari ini.

Malah menurutnya, sokongan padu perlu diberikan kepada BN bagi memastikan pembangunan berterusan dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Demak Laut, Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie melahirkan keyakinan Parlimen Santubong mampu memberikan majoriti besar kepada BN.

“Namun pengundi jangan terlalu yakin sehingga tidak turun mengundi.

“Apa yang kita mahu sekarang bukan sekadar kemenangan tetapi majoriti besar.

“Hanya BN mampu membina masa depan lebih cerah kepada masyarakat,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s