MA63-“Only Local Based Parties can fight for Sarawak”

The candidate for Parliment Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar hot on his campaign trail took time to inform the press/media that only Sarawak based Parties can fulfill and negotiate for Sarawak rights.

ajajaAn extracted report from an internet portal below:-

 KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan hanya parti komponen BN di negeri ini sahaja yang mampu menuntut kembali hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, sokongan padu perlu diberikan kepada parti tempatan di Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Menurutnya, parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang bernaung di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak mempunya kemampuan dalam menuntut hak Sarawak.
“Parti ini (komponen BN Sarawak) sahaja dapat menuntut hak Sarawak bersama Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Kita mesti beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua parti komponen BN di Sarawak,” katanya ketika berucap semasa Program Santai Bersama Penduduk Kampung Tabuan Dani di sini, hari ini.
Beliau turut menasihati pengundi terutama di Parlimen Santubong supaya lebih berhati-hati dengan janji ‘bulan dan bintang’ pembangkang.
“Bukan baru sekarang mereka menjanjikan bulan dan bintang, cerita sama dimainkan lagi sekarang.
“Pengundi Santubong tiada pilihan lain melain memberi sokongan padu kepada BN dan turun beramai-ramai pada 9 Mei bagi memastikan kemenangan dengan majoriti besar dapat dilakar,” ujarnya.
Menurutnya lagi, pengundi juga tidak seharusnya bersikap sambil lewa atau merasa selesa kerana kemenangan besar penting bagi mempercepatkan proses pembangunan.
Mengulas mengenai pembangunan di Kampung Tabuan Dani, Wan Junaidi berkata, pembinaan dewan di kampung tersebut dapat dibina sekiranya tapak tanah sudah dikenalpasti.
Bagi pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Tabuan Dani dan Kampung Tabuan Haji Drahman pula katanya, persetujuan antara penduduk kedua-dua perlu dimeterai agar pembinaannya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.-
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s