MP 193 Santubong “TOK WAN JUNAIDI – HERO GOLONGAN MISKIN PARLIMEN SANTUBONG”

aaacccma11 MARCH , KUCHING:  Sebelum ini, setiap kali hujan lebat, Aminah Mohd Kancil serta dua anak perempuannya bergegas mencari bekas untuk menakung air kerana bumbung rumah mereka di Kampung Panglima Seman Ulu, di sini bocor, manakala dinding pula banyak yang berlubang.

Namun, kesulitan itu tidak lagi membelenggu Aminah, 53, apabila dia menerima sumbangan rumah menerusi Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) yang siap dibina tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, beliau serta dua anaknya yang masing-masing berusia 19 tahun dan 13 tahun sudah lama mendiami rumah usang dan beliau pernah beberapa kali memohon bantuan untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

“Syukurlah kesulitan saya mendapat perhatian Tok Wan (Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar) dan beliau menyumbangkan rumah ini untuk memastikan kami sekeluarga dapat mendiami kediaman yang lebih selesa,” katanya.

Rumah berkenaan adalah antara 18 kediaman yang dibina menerusi PRIWJ yang diperkenalkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di kawasan Parlimen Santubong sejak 2015.

Ia adalah inisiatif peribadi Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong untuk membantu penduduk miskin di kawasan yang diwakilinya untuk tinggal di rumah sendiri yang lebih selesa dan selamat.

Setiap rumah yang dibina dengan kos RM70,000 dan dibekalkan dengan perabot. Pemohon yang layak harus memiliki tanah sendiri berstatus miskin dan mempunyai tanggungan yang besar.

Dalam tempoh dua tahun sejak 2015 hingga 2017, sebanyak 18 unit rumah telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penerima yang layak dan tahun ini, sebanyak 18 unit lagi akan dibina.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, pembinaan rumah menerusi PRIWJ itu ditanggung sepenuhnya melalui dana koperat yang diperolehi dari syarikat syarikat swasta yg dipohon oleh pihak pengurusan Pusat Khidmat P.193 Santubong dan tidak melibatkan wang kerajaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s