CM Sarawak “Hak Rakyat,Kuasa Autonomy…”

Sehingga ia dapat dikembalikan sekali gus pastikan Sarawak dapat capai kemajuan seperti dikehendaki16473048_1827933304142767_3635252841722415449_n
BINTULU: Hak rakyat serta kuasa autonomi Sarawak akan terus diperjuang sehingga dapat dikembalikan kepada negeri ini sekali gus memastikan Sarawak dapat mencapai kemajuan seperti dikehendaki.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, tumpuan sekarang untuk meneruskan usaha ditinggal Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mendapatkan kuasa autonomi daripada Putrajaya.

“Ini akan kita teruskan. Semasa sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu, saya memperkatakan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditandatangani (untuk pembentukan Malaysia) oleh Perdana Menteri kedua waktu itu Tun Abdul Razak Hussein manakala Sarawak diwakil Yang di-Pertua Negeri pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee.

“Dan saya yakin berdasarkan situasi sekarang amat tepat bagi saya dan Perdana Menteri sekarang memudahkan proses penurunan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Progresif Demokratik (PDP) di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Ketua Menteri menjelaskan, MA63 ditandatangani bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sarawak pula diwakili oleh bapa beliau, memungkinkan proses itu berjalan lancar.

“Kalau tidak, tentu akan ada yang bercakap kenapa anak kamu tidak buat (penurunan kuasa tidak dilakukan),” katanya sambil menambah, Sarawak akan terus berusaha memperjuang kuasa dalam Perlembagaan Malaysia.

Beliau berikrar akan berusaha membangunkan Sarawak meskipun rakyat masih sedih kerana kehilangan Tok Nan.

“Tok Nan semasa hayatnya berjuang mendapatkan penurunan kuasa Sarawak. Dan Tok Nan pernah berkata, `bagi saya lima tahun, saya ingin membangunkan Sarawak. Saya ingin memperjuang hak rakyat Sarawak.

“Tetapi Tok Nan telah pergi awal, lapan bulan sahaja (selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11. Dan, kita akan meneruskan apa yang beliau tinggalkan,” katanya.

Katanya, antara dasar akan terus diberi keutamaan ialah membangunkan kawasan luar bandar seperti dijanjikan Tok Nan, mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) untuk sekolah persendirian Cina dan tambahan RM6 juta peruntukan membantu pengurusan sekolah persendirian Cina.

Jelas Abang Johari, kerajaan negeri juga meneruskan rundingan dengan Petronas supaya peluang pekerjaan dalam sektor minyak dan gas diberi kepada lebih ramai anak Sarawak termasuk dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Petronas.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendengar suara kita dengan membantu meningkatkan pembangunan ekonomi khususnya dalam industri minyak dan gas.

“Ini akan diteruskan tetapi kemungkinan sukar mendapatkan royalti 20 peratus dan kita mendapatkan 30 peratus yang baharu untuk penyertaan dalam industri hiliran Petronas,” katanya.

Katanya kerjaaan negeri juga masih berunding mengenai apa yang ingin dilakukan dengan mendapatkan lebih banyak daripada Petronas.

Katanya penting untuk Sarawak juga ialah rakyat perlu terus mengukuh perpaduan serta merealisasi dasar yang telah dirangka.

“Saya akan membawa Sarawak ke era baharu bukan sebagai negeri statik tetapi sebuah negeri yang meningkat naik ke tahap yang lebih baik dengan meningkatkan ekonominya.

“Kita akan menaik taraf teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) negeri ini memandangkan transaksi perniagaan pada hari ini lebih tertumpu kepada ekonomi digital lebih-lebih lagi anak-anak hari ini lebih terarah kepada ICT.

“Peluang itu akan membolehkan anak-anak memantau aktiviti ekonomi menerusi latihan dan kemahiran,” katanya sambil menambah, usaha itu untuk mengangkat kemahiran diri rakyat Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Mengulas mengenai sambutan perayaan di Sarawak katanya, ia cukup unik kerana disambut dengan penuh harmoni oleh semua kaum yang dapat hidup bersama seperti dalam sebuah rumah tanpa ada pergaduhan dan perpecahan.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Presiden PDP merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip, ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai, ADUN Samalaju Majang Renggi dan yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s