20% Royalty ‘The Truth is Out There”

MsiaKini # 1803I do wonder sometimes whether some of  our journalist friends are ethically doing their work correctly and reporting the truth. People do believe in spins because half truths could be real but when its only one sided reporting the news that comes out leaves a lot to be desired.

We received this piece of information and reading it in Bahasa Malaysia it does not even say the Sarawak State has failed. The Chief Minister needs the support of the people for a new mandate and he will push for the 20% royalty and negotiations with the Federal government. ( Translation from BM to English needs to be understood in the whole context )

PLEASE READ IT AND RE-READ AND DO NOT ATTEMPT TO SPIN IT OUT OF CONTROL. CM ADENAN KNOWS WHAT HE IS DOING..

Kuching:  Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghentikan rundingan untuk mendapatkan kenaikan royalti minyak dan gas sehingga keputusan positif diperolehi.
Beliau berkata, tuntutan itu wajar kerana rakyat Sarawak berhak menikmati wang hasil bumi itu untuk meningkatkan taraf hidup setanding penduduk negeri lain.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak mampu untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan kenaikan royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus itu tanpa sokongan padu rakyat.
“Sokongan yang saya maksudkan bukan hanya pada waktu pilihanraya sahaja, tetapi sokongan sepanjang masa terutamanya dalam isu tuntutan royalti ini.
“Dengan adanya sokongan padu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik, suara saya akan lebih didengari oleh Kerajaan Pusat dan PETRONAS,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Adenan berkata, Sarawak menuntut kenaikan royalti itu untuk memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna dapat disediakan untuk rakyat.
“Kita mengutamakan penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
“Selepas semua kemudahan itu disediakan di semua kawasan luar bandar, barulah kita memikirkan pembangunan yang lain. Kemudahan infrastruktur ini dapat kita sediakan dengan lebih baik jika kita mendapat penambahan royalti minyak dan gas,” katanya.
Katanya lagi, apabila pembangunan infrastuktur antara luar bandar dan bandar diseimbangkan, hasrat untuk mengurangkan penghijrahan penduduk akan dapat dikurangkan.
“Penghijrahan penduduk dari luar bandar berlaku kerana mereka mahu mencari peluang kehidupan yang lebih baik di bandar.
“Sebab itu saya merayu supaya diberi peluang kerana dengan mandat serta sokongan saya akan lebih keupayaan untuk memantapkan pembangunan negeri selain meneruskan rundingan dengan PETRONAS”katanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s